- Kejatuhan nilai matawang kebanyakan negara di Asia Tenggara yang turut dialami oleh Malaysia telah mengakibatkan impak negatif kepada pembangunan yang telah dirancang. Status sebagai rantau yang paling pesat membangun di dunia dan menarik kehadiran para pelabur dari Eropah, Amerika Syarikat dan Jepun kini telah hilang dan aliran kemasukan modal pelaburan yang telah dijanjikan tersekat. Ini telah mengakibatkan kesan yang besar terhadap pembangunan Bandar Seri Iskandar di Perak.
Pelan perancangan yang dirangka berteraskan pelaburan modal dari syarikat-syarikat konglomerat dan multinasional (MNC) dari dalam dan luar negara tidak menjadi kenyataan dan mengganggu pertumbuhan bandar ini. Sebagai contohnya, projek Taman Teknologi Seri Iskandar yang dirangka untuk menjadi hub kepada pembangunan sektor penyelidikan dan pembangunan ( R&D) kepada pelbagai syarikat yang berintensifkan teknologi industri dan saintifik kini terpaksa ditukar kepada tapak bagi projek perumahan semata-mata. Ini adalah kesan utama daripada krisis kegawatan ekonomi yang telah melanda dan mengakibatkan kerajaan Negeri Perak gagal dalam usaha untuk merealisasikan hasrat menjadikan Seri Iskandar sebagai model pembangunan bandar industri yang berjaya. Seri Iskandar tidak membangun seperti yang dirancang akibat ketiadaan kemasukan modal teroka yang pada skala yang besar dan ekonomi serta menjadikannya tidak jauh berbeza dengan bandar-bandar lain di Malaysia.
BENCANA ALAM TERBURUK DI JOHOR
BLOG INI AKAN CUBA UNTUK MENINJAU DAN MENGKAJI KEBERKESANAN DAN KECEKAPAN PUSAT PEMINDAHAN MANGSA BANJIR DI DAERAH KOTA TINGGI, JOHOR
Ahad, 30 September 2007
1.Krisis Ekonomi Serantau yang Melanda Asia Tenggara pada tahun 1997.
Dicatat oleh
Mr Bola
di
1:52 PG